TV Streaming

Countdown Time

Sabtu, April 25, 2009

WANITA JADI IMAM SHALAT JUM'AT

Baru-baru ini kira-kira 150 jemaah, lelaki dan wanita, menghadiri solat Jumaat yang diimamkan oleh Amina Wadud, profesor pengajian Islam di Universiti Komanwel Virginia, Amerika Syarikat. Amina meneruskan tindakan mengimamkan solat walaupun ditegah ulama dan menerima ancaman maut. Solat itu diadakan di Synod House di Gereja Besar Episcopal St John di Manhattan, setelah tiga masjid tempatan enggan menerima Amina sebagai imam.

Tindakan ini disokong ketua kumpulan Muslim Wake Up!, Ahmed Nassef yang mendabik dada mengatakan tiada siapa berani melakukan perbuatan seperti itu. Amina Wadud sebelum ini telah mengeluarkan fatwa bahawa wanita boleh mengimami lelaki dalam sembahyang, berasaskan kesamarataan hak lelaki dan perempuan.



Pensyarah Jabatan Usuluddin dan Falsafah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohammed Yusoff Hussein, berkata perbuatan itu tak sepatutnya berlaku kerana ajaran Islam melarang umatnya berbuat demikian. Katanya, sungguh menyedihkan apabila umat Islam cuba menidakkan hukum ditetapkan Islam apabila melakukan perbuatan yang jelas haram.

“Wanita tidak boleh menjadi imam kepada lelaki, melainkan wanita itu mengimamkan wanita lain. “Hukum itu termaktub dan apabila ada segelintir umat Islam berbuat demikian, mereka seolah-olah menghina Islam,” katanya.

Ulama2 Islam di seluruh dunia, termasuk pemimpin masyarakat Islam Amerika, Sheikh Universiti Al-Azhar di Kaherah Mesir, Sheikh Sayed Tantawi dan Menteri Hal Ehwal Agama Jordan, Abdul Aziz al-Khayyat menentang usaha Amina.

Sumber: http://mazadi.blogspot.com/2005_03_01_archive.html

Tidak ada komentar: